Pada tahun 6 Hijriyah Nabi menandatangani perjanjian di Hudaibiyah. Bukhari meriwayatkan dari al-Bara’ bin Azib ra katanya: Ali bin Abu Thalib merupakan orang yang menulis isi naskhah perdamaian antara Nabi saw dengan orang-orang Musyrikin pada hari perjanjian Hudaibiyah. Ali menulis: “Inilah yang dijanjikan oleh Muhammad utusan Allah.†Orang-orang musyrik membantah: “Jangan kamu tuliskan kalimah ‘utusan Allah’. Kalau kami sudah merasa yakin bahawa beliau adalah utusan Allah, maka kami tidak perlu memusuhi beliau.†Ali menjawab: “Tidak.†Baginda saaw bersabda kepada Ali: “Hapuslah kalimat itu.†Ali menjawab: “Tidak! Aku tidak mahu menghapuskannya.†Maka Nabi saaw terpaksa menghapusnya sendiri. Nabi bersabda, “Tunjukkan saja kepadaku mana kalimat itu.†(Sebab Nabi adalah orang yang ummi) Lalu Ali menunjukkannya, maka Nabi saaw menghapusnya sendiri. Salah satu syarat yang diajukan oleh orang-orang Quraisy di dalam perjanjian tersebut ialah: Nabi s.a.w dan para Sahabat hanya boleh memasuki dan tinggal di Kota Makkah selama tiga hari dan tidak dibenarkan membawa senjata kecuali bersarung. Aku bertanya kepada Abu Ishak Apakah yang dimaksudkan dengan bersarung? Lalu beliau menjawab: Senjata yang berbalut.Â